Wednesday, January 28, 2009

Chinese New Year weekend escaped...

Terengganu & Kelantan

Cuti sempena CNY tahun ni kebetulan agak panjang, 4 hari. So mesti gunakan sepenuhnyer la kan. Ntah mcm mana, tetiba dtg plan spontan ngan Sheila nak pegi ke Terengganu dan Kelantan. Since aku nih tak reti drive + takde kete... hehehe.. all the way Sheila lah yg drive. Aku just tukang tunjuk jalan jek. Starting Jumaat aku, Sheila dan sepupu aku (Kakak), gamble bertiga ke Kuala Terengganu dan bermalam kat sana. Oleh kerana plan asal tak nak shopping (sbb tak dak duit sebenarnyer... hahaha..), kitorang pon sepakat la untuk explore apa2 yang best ada kat Kuala Terengganu tu. Early Saturday morning tuh, pegilah ke Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal). Kebetulan time tuh, Kak Yoh ade balik. Jadi dia pon joined la kitorang skali. Memang dah lama nak pergi ke Masjid Kristal nih sejak tgk gambar2 yg cantik kat blog Atie.

Kak Yoh, Guide, Kakak, Sheila (24/01/2009)

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Taj Mahal, Agra, India

Great Mosque of Samarra, Iraq

Aleppo Citadel, Syria

The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Aleppo Citadel, Syria

Suleyman Mosque, Turkey

Xian Mosque, China

Masjid Kristal

Alang-alang dah dok area Taman Tamadun Islam tu, kitorang pon singgah lah kat Muzium Negeri, Losong. Pegi muzium? Hehehe... terasa macam rombongan masa sekolah2 dolu2 jek. Since kaki pon dah penat, ari pon dah nak ujan, tak lama la kat muzium nih.


Lepas say bye2 kat Kak Yoh, kitorang pon teruskan perjalanan ke Besut. Balik umah tok aku. Dalam perjalanan nak balik ke Besut tu sempat la singgah kat Pantai Penarik, makan sotong, ikan dan udang celup tepung.

Dah kenyang2 makan tuh, sambung la perjalanan balik. Petang tuh sampai la umah tok aku. Rehat dalam 2-3 jam, malam nyer kitorang bertiga pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Faizi sekeluarga tunggu kat Melor, joined sekali. Abis memusing kat Wakaf Che Yeh tu, pukul 2 pagi baru sampai balik umah tok. Yang kelakarnyer, punya la jauh pegi sampai memalam buta lak tu, apa yg dibeli? Jambu madu jek sekilo...kahkahkah... Esoknyer, pergi ke Rantau Panjang dan Kota Bharu. Time nih la baru shopping skit2. Tengah syok2 memusing dalam Pasar Siti Khadijah, Teh call ajak pergi ke Taman Negara Gunung Tahan. So, mlm tu jugak balik dari Kota Bharu terus ke Kuantan, pukul 2 pagi sampai rumah. Kol 6 pagi dah bertolak balik ke rumah mak ayah di Sg. Tekam. Rehat kejap, then terus ke Taman Negara.

Taman Negara, Gunung Tahan

Sejam jugak perjalanan ke Kuala Tahan melalui jalan darat. Sampai pon dah lewat, jadinyer tak der aktiviti la yg blh dibuat. Pusing2 carik tempat bermalam, last2 dapat la bilik kat Rainforest Resort. Apa yang best nyer kat sini, ngah lepak2 tetiba ader babi hutan lalu. Mak aiii, kecut perut, pucat muker memasing, terkejut punya pasal. Tak yah pegi night safari pon leh nengok... hehehe...

Pagi nyer pegi kat jeti, tengok2 apa2 aktiviti yg boleh dibuat. Oleh kerana masing2 semua tak pakai proper attire, jadi aktiviti yang boleh dilakukan adalah terhad. Sewa bot Rm150, muat2 15 orang, kitorang pergi ke Canopy Walk dan Nusa Camp. Tak tau la mahal ke murah harga sewa bot tu, sbb pergi time peak season kan.

Penuh satu bot family aku jek

Tu atas nun canopy nyer!
Pemandangan dari atas canopy, bukan aku yg amek gambo tuh, sepupu aku yg amek. Aku dah menggigil, takut punya pasal... gayat oiiii!
5 meter pertama buleh la senyum2 lagik...

Anak sedara aku yg umo dekat 3 tahun nih pon berjaya menghabiskan canopy walk

Semut pon, semut laa... dah takde gambo lain!
Jeram
Nusa Camp

Bot nih la yang kitorang naik..

Air cetek, boleh la action!

Selesai mandi2 kat Nusa Camp, kitorang pon balik ke jeti. Herm, makan tgh hari kat restoran terapung, Liana Restoran. Apa aku nak citer bab restoran nih, actually pakcik yang bawak bot tuh yg suggest. Dengan semangat berkobar2 nyer kitorang pon order la makanan nyer. Apa yg jadik? Sungguh la mengecewakan. Yerla, tak leh la nak expect lebih2 sgt. Tapi kalau dah order jus epal, yg dtg nyer jus epal + serdak nenas plak sekali... kalau tgh penat, mau tak hangin. Tuh citer bab air, bab makan plak? Order nasik goreng ayam, dekat sejam tgu baru sampai. Yg sampai tuh, nasik lembik goreng dgn sos. Sabo jek la! Settle semua, petang tuh balik rumah Sg. Tekam. Rehat2 kejap, terus balik Kuantan. Yerla esoknyer dah nak kerjakan. Penat memangla penat, tapi berbaloi la. Cuma yg dikesalkan skit sbb tak dapat pergi sanctuary, mandi ngan ikan kelah. Insyaallah, lain kali kalau berpeluang lagik, mmg aku nak pergi explore betul2 Taman Negara nih. Sbb seronok sgt2, then now baru aku paham nape orang suka sgt pegi Taman Negara, terutamanya foreigner.

0 comments:

Post a Comment