Pada 6/03/2009 - 8/03/2009, aku dengan Sheila pergi bercuti di Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Actually tak plan pon nak pergi Perhentian ni, last minute nyer plan. Kalau ikutkan jadual asalnya, kitorang nak pergi Langkawi. Ikut rombongan Cik Kiah! Last-last cancel la plaks. So, switch la location. Surf2 net, jumpa la web nih
http://www.pulauperhentian.com.my/. Lepas tu call la Anjung Holidays dan amik pakej yang paling murah.
3D 2N Full Board Snorkeling Package (Fauna Chalet)
(RM 310 per person)
~ 1 x Standard Fan Chalet for 2 nights
~ 6 x Meals (2 Breakfast, 2 Lunches, 2 Dinner)
~ 2 x Snorkeling trip include Mask, Snorkel, Life Jacket & Boat Guide
~ Boat transfer to & from (Fast Boat)
6 Mac tu, pukul 6.00 pagi dah bertolak dari Kuantan. Punya la awal, konon sebab nak sampai sebelum pukul 11.00 pagi kat Jeti Kuala Besut. Dalam perjalanan, Ila dari Anjung Holidays dah call tanya dah sampai mana dan inform kitorang yg akan ada satu mamat tunggu kat tepi jambatan Kuala Besut. Yerla, takut kitorang tak jumpa office Anjung. Masa sampai di Kuala Besut tu, ada la mamat yang tunggu. Follow la mamat tu, ingat bawak pegi kat office Anjung. Rupa2nya terus ke tempat parking kereta. Aduhai, kitorang dah salah ikut orang. Terbang la tip RM 5.00! Parking sehari RM 7.00. Baca kat web RM 5.00, dah naik agaknyer!!
Sampai kat office Anjung, diorang bagi snorkeling gears and etc. Ila inform kat kitorang yang hari ni boat lewat sikit, sebab orang sembahyang Jumaat. So, sementara tunggu2 tu, pekene la Maggi Goreng sepinggan dua..hehehe.. Sesambil tu tengok la keadaan sekeliling. Tengah syok2 menghayati Maggi Goreng tu, aku pon pasang la telinga dengar orang meja sebelah dok deal. Teruja la plaks dengar uncle Cina cakap loghat Kelantan. Best jek uncle tu goreng!!
Pukul 2.00 ptg, baru la naik boat. Tak lama pon rupanya perjalanan dari jeti ke Fauna,Pantai Teluk Dalam, dalam 20 minit jek. Check-in, letak2 barang, pukul 3.00 ptg terus pergi snorkeling. Boatmen @ guide kitorang nama nyer Abe Leh. Sempoi jek Abe Leh tu speaking ngan aku. Wahai Abe Leh, sesungguhnyer aku ngan Sheila adalah orang melayu totok! hahaha.. Walaupon broken English, aku memang respek la ngan Abe Leh ni. At least, dia tak malu untuk mempraktikkan bahasa tu, sedangkan aku ngan Sheila sendiri pon segan. Almaklumla, kitorang pon sama level jek kefasihannyer ngan Abe Leh..hahaha.. Silap2 Abe Leh lagik terrer dari kitorang berdua.
Sama boat ngan kitorang time tuh, ade satu group student dan 2 orang tourist dari Jepun. Cuci mater la kejap, nengok aweks Jepun tu pakai 2 pieces! So, Abe Leh bawak kitorang ke Turtle Bay untuk belajar berenang dan guna snorkeling gears. Ini kali kedua aku snorkeling, 1st time bulan 8 last year kat Tioman. Kali ni, tak de la edisi telan2 air laut bagai. Sebab dah ader pengalaman. Dalam perjalanan ke Turtle Bay tu, sempat jugak aku teropong 'topless' ngah bersidai kat satu beach tu.. hehehe, sensitip benor mater aku kalau bab2 tu!

Turtle Bay
Settle jek, belajar2 kat Turtle Bay tu, Abe Leh bawak kitorang ke Tiga Ruang. Kat sini la banyak ikan2 nyer.
Sheila @ Tiga Ruang

Tiga Ruang
Lama jugak snorkel kat Tiga Ruang ni. Orang pon agak ramai. Selesai Tiga Ruang, Abe Leh bawak kitorang ke Perhentian Island Resort. So, kat sini la aku dapat tengok Barracuda, Nemo dan Kerang dari spesis yang besar(actually aku tak tau pon apa namanyer!). Ada la citer yang aku rasa agak kelakar masa ngah snorkel kat sini. Ada satu group Mat Saleh ngah snorkel, jadi Abe Leh pon tanya la ader Turtle tak dalam speaking nyer. Mat Saleh tu plak leh jawab ngan terpinga2 'dimana turtle?' beberapa kali. Aku ngan bebudak lain yang dengar tu leh gelak2 bagai nak rak. Poyo jek, rupanya Mat Saleh tu paham Bahasa Melayu rupanyer!! Kahkahkah... Balik dari Perhentian Island Resort tu, kitorang singgah la hantar couple Jepun tu balik kat Tuna Bay.

Tuna Bay

Pemandangan waktu petang

Pantai Teluk Dalam
Sampai di Fauna Chalet, Teluk Dalam dah pukul 5.30 petang. Aku ngan Sheila sambung la main2 air kat Pantai Teluk Dalam tu. Balik ke chalet, adik yang jaga chalet tu inform yang diorang ada simpan lunch kitorang. Sebab masa sampai tu, tak sempat nak lunch terus pergi snorkeling. Last2 tak pe la dik, kitorang dinner jek la terus nanti. Malam tu dinner meriah, makanan pon sedap2. Kira puas ati la jugak, cover yang tak makan tgh hari tu. Pekerja2 kat Fauna Chalet nih pon friendly sgt2.

Sunrise @ Teluk Dalam Beach

Coral @ Teluk Dalam Beach
Awal2 pagi lepas breakfast, Abe Leh pon sampai la amik kitorang utk pergi snorkeling. Time nih destinasi nyer ke Pulau Susu Dara dan Pulau Rawa. Air surut, sampaikan boat yang nak datang ke tepi pantai pon kene tarik. Di Susu Dara nih masa snorkeling tu, dapat la tengok Nemo, Ikan Pari, Christmas Tree yang warna hijau dan jugak reef yang cantik2.

Pulau Susu Dara

Pulau Susu Dara

Yang bulat nih takde org lain, aku ler tu.. hehehe..!

Pulau Susu Dara

Its me again! Peaceee!!!

Coral Fish @ Pulau Susu Dara
Settle2 kat Pulau Susu Dara, kitorang pon gerak la kat lagik satu spot snorkeling. Depan Pulau Susu Dara jek, Pulau Rawa. Masa kitorang sampai tu, masih ada lagik jejak turtle. Paling seronok di Pulau Rawa nih, sebab coral fish semuanya di gigi air jek. Tak perlu berenang jauh2, even tak pakai snorkeling gears pon leh tgk coral fish. Cuma sedia bawak roti jek bebanyak. Airnyer jernih sangat2 with the white sandy beach, pemandangan kat sini la paling cantik bagi aku.

Pulau Rawa

Me & Sheila @ Pulau Rawa

Inilah boat Abe Leh @ Pulau Rawa

Coral Fish @ Pulau Rawa
Balik dari Pulau Rawa, Abe Leh bawak kitorang ke Tuna Bay semula. Kat sini la aku dapat tengok Turtle. Jenuh dari petang semalamnyer nak tgk. So, time ni tau jek ade Turtle, Abe Leh suruh kitorang terus terjun. Aku pon, gamble jek la, belasah jek terjun sbb excited sgt!. Air dalam sgt2, aku dah la tak reti berenang... kot kalau lemas, the end jek la aku.. hahaha! Lepas tu, sambung snorkeling di area Perhentian Island Resort. Pukul 1.30 petang, balik semula ke Fauna. Naik2 ke darat terus carik makan. Lapar la plak..hahaha.. So, petang tu takde apa2 aktiviti. Jadi aku ngan Sheila habiskan masa explore la apa yang ada sekitar Teluk Dalam tu. Kat sini line phone mmg la tak clear. So, kadang2 nak tergelak plak bila tengok orang lain sampai masuk dalam air semata2 nak carik coverage. Night life? Hehehe... nothing much to share! Nak night life kene pegi kat Pulau Perhentian Kecil.

Teluk Dalam Beach
Last day kat sini pon byk habiskan masa main2 air kat pantai. Rasa tenang jek idup. Ilang semua masalah negara aku. Macam tak mau balik pon ader. Sementara tunggu boat kol 12 tgh hari, aku ngan Sheila pergi ke Tuna Bay. Naik water taxi. Sajerla jalan2 habiskan masa dan tgk apa2 souvenir yang boleh dibeli.

Tuna Bay

Fauna @ Teluk Dalam Beach
Hai... rindu nyer nak g Perhentian lagi. Pemandangan yang cantik, air yang crystal clear mcm cermin, pasir yang putih dan suasana yang mendamaikan. Betul2 jatuh cinta la!!
tuty aku bg hsbd aku tgk gambar ko pgi pulau2 nie,dan dier pun dah termakan hasutan aku utk trip ker sana tgg dpt bonus jer..hehe
ReplyDeletesonoknyerr gi pulau susu dara tewww.. ehehe
ReplyDeletesusu dara pastinya sedap!!!
ReplyDelete